Rabu, 17 Mei 2017

Assalamualaikum murid-murid. Sila jawab latihan penanda wacana di bawah ini.  ðŸ˜ƒ


PENANDA WACANA

1.    Tiket bas untuk pulang ke kampung telah habis dijual. _______, Azam tetap berusaha untuk pulang dengan mendapatkan tiket kereta api pula.
A   Namun begitu                 B   Selain itu                  C   Tambahan pula         D   Lantaran itu
                     
2.   Karnival membeli-belah 2004 sudah bermula di seluruh negara. _______, suri rumah dinasihati supaya 
      bersikap bijak semasa berbelanja.  
      A   Bahkan juga                   B   Namun begitu            C   Tambahan pula         D   Lantaran itu

3.   Ain sangat disayangi datuk dan neneknya. ______ dia merupakan cucu tunggal.
      A   Oleh yang demikian         B   Di samping                C   Lebih-lebih lagi         D   Dengan itu

4.   Peperiksaan UPSR semakin hampir. _______, Nazrul membuat latihan ulang kaji dengan lebih intensif.
      A   Bukan sahaja                  B   Oleh sebab itu           C   Kalau begitu             D   Namun begitu

5.   Rahayu petah bercakap dan bijak pula. _______, dia telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan
      syarahan peringkat Daerah Perak Tengah.
      A   Oleh sebab itu                 B   Padahal                    C   Di samping itu           D   Lebih-lebih lagi

6.   Harga sayur akan dikaji semula. _______ berlakunya lambakan sayur di pasaran.
      A    Seterusnya                     B   Bukan sahaj              C   Oleh sebab itu           D   Hal ini kerana

7.   Kehidupan Alang sangat miskin. ______ dia terpaksa mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarganya
      yang besar.
      A   Namun begitu                 B   Oleh yang demikian   C   Sungguhpun demikian            D   Dengan itu

8.   Puan Juriah mengusahakan tanaman ciku secara komersial. _______ dia juga melibatkan diri dalam 
      penternakan lembu untuk menambah pendapatannya.
      A   Di samping itu                 B   Namun demikian       C   Tambahan pula         D   Lebih-lebih lagi

9.   Para pemandu dinasihati supaya berhati-hati apabila melalui selekoh yang tajam itu. _______, jalan itu licin 
      dan tidak rata. 
      A   Oleh sebab itu                 B   Tambahan pula         C   Di samping itu           D   Lebih-lebih lagi

10. Semua orang hendak pergi ke pameran komputer itu. ______ saya pun hendak pergi sama.
      A   Tambahan pula               B   Kalau begitu             C   Oleh sebab itu           D   Dengan demikian

11.  Suhaimi yang merupakan juara bertahan dalam kejohanan tenis itu telah bermain bersungguh-sungguh dalam 
       perlawanan akhir,               beliau tewas dalam perlawanan tersebut.
       A   jika demikian                 B  demikian juga            C   begitu juga   D   namun demikian

12.  Amira merupakan anak seorang hartawan.                   dia tidak menyombong diri dengan rakan-rakannya 
       yang lain.
      A  Namun begitu                  B   Jika begitu       C   Oleh sebab itu        D   Lebih-lebih lagi

13.   Persekitaran yang kotor akan menyebabkan pelbagai penyakit,                       kita mestilah menjaga 
        kebersihan persekitaran. 
        A  dalam pada itu               B   walau bagaimanapun C   oleh sebab itu           D   dengan itu

14.                    Zurina belajar bersungguh-sungguh,namun dia gagal mendapat keputusan yang cemerlang dalam
        ujian bulanan matematik.
        A   jika demikian                B   meskipun                  C   jika sekiranya           D   tambahan pula
  
15. Jangan berbual-bual semasa berada di dalam kelas, ______ ketika guru sedang mengajar.
      A   lebih-lebih lagi                B   oleh sebab itu           C   di samping itu           D   oleh yang demikian 

16.  Persekitaran yang kotor akan mendatangkan pelbagai penyakit,                      kita mestilah menjaga kebersihan persekitaran kita  .
       A   walau bagaimanapun     B  oleh sebab itu            C  dengan itu                 D   dalam pada itu 

17.  Penganiayaan kanak-kanak kerap berlaku di negara Barat,                   kini fenomena itu mula menular dalam
       masyarakat kita .
       A  namun begitu                  B   di samping itu    C   jika demikian                   D   kalau begitu 

18.   Semua orang pergi ke pesta buku itu ,                       saya pun ingin turut serta . 
        A  demikian juga                B   selain itu             C   oleh yang demikian         D   dengan itu

19.  Saya tahu awak tidak sengaja mengoyakkan buku itu,                         awak perlu menggantikan dengan yang
       baru .
       A   di samping itu                B   dengan demikian C   jika sekiranya                 D   walau bagaimanapun 

20.  Kehidupan keluarganya sangat susah kerana adik-beradiknya ramai. _______, bapanya sudah lama meninggal dunia.
A   Kalau begitu                   B   Selain itu                  C   Tambahan pula         D   Lantaran itu




Dimuat turun daripada: http://rohana-rahman-bm.blogspot.com/2012/11/penanda-wacana-latihan-1.html
                    

Khamis, 4 Mei 2017

Assalamualaikum murid-murid, sila jawab soalan antonim di bawah.

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan bergaris di bawah :



1) Kereta yang baru dibeli oleh Afiq dipandunya dengan laju.
A.  lewat                                 C.  lengah
B.  bebas                                 D.  perlahan

2)  Cikgu Harun menampal jadual harian murid-murid Tahun Enam Tekun di papan kenyataan kelas   
      itu.
A.  membuang                         C.  mencampak
B.  menanggal                         D.  menyangkut

3)  Rashid enggan menurut perintah ketuanya kerana ketuanya seorang yang zalim dan tidak bertimbang rasa terhadap orang bawahan.
A. rajin                                    C. mahu
B. asyik                                   D. gemar

4)  Adik tidak mahu makan kerana masih kenyang makan buah durian yang dibeli oleh emak tadi.
A.  jemu                                  C.  penuh
B.  lapar                                   D.  kosong

5)  Pokok mangga itu kelihatan bergoyang apabila ditiup angin.
A.  kuat                                   C.  kukuh
B.  tegap                                  D.  condong

6)  Berita tentang kejahatan artis itu telah diketahui oleh orang ramai.
A.  kebaikan                            C.  keinsafan
B.  kesucian                             D.  ketakwaan

7)  Zaid kerap pulang ke kampung setaip kali musim cuti sekolah tiba.
A.  esok                                   C.  biasa
B.  sukar                                  D.  jarang

8)  Pada setiap hujung minggu,  Arif sering ke rumah.
A.  kerap                                 C.  kurang
B.  jarang                                 D.  sementara

9)  Kepetahan Peter ketika berpidato mendapat pujian daripada kawan-kawannya.
A.  kejian                                 C.  ucapan
B.  hasutan                              D.  sindirin

10)  Persatuan Penduduk Bukit Sentosa telah ditubuhkan pada tahun lepas.
A.  dimatikan                          C.  ditutupkan
B.  dibatalkan                          D.  dibubarkan

11)  Saiful bergegas pulang ke rumah untuk mengambil dokumen penting yang tertinggal di rumahnya.

A.  kecil                                   C.  remeh

B.  ringan                                D.  mudah


Cara menjawab soalan.

-  Tulis nama penuh.
-  Tulis tahun.

Cara menjawap:

1) D (perlahan)
2)  
3)

Rabu, 3 Mei 2017

Teknik BKEMAS

Assalamualaikum murid-murid, dari minggu lepas kamu telah belajar teknik BKEMAS dalam menulis karangan gambar bersiri.  Saya harap kamu dapat mengapiklasikan atau menggunakan teknik ini semasa ujian dan peperiksaan nanti.  Selain itu, saya juga berharap kamu akan mengulangkaji teknik ini di rumah.





B = Bilakah (merujuk pada masa)
       Bagaimanakah (merujuk pada cara)

K = Keadaan (merujuk pada keadaan atau latar belakang gambar)

E = Emosi 

M = Mana (merujuk pada tempat)
        Mengapakah (merujuk pada sesuatu sebab dan akibat)

A = Apakah (merujuk pada benda)

S = Siapakan (merujuk pada orang)