Rabu, 17 Mei 2017

Assalamualaikum murid-murid. Sila jawab latihan penanda wacana di bawah ini.  😃


PENANDA WACANA

1.    Tiket bas untuk pulang ke kampung telah habis dijual. _______, Azam tetap berusaha untuk pulang dengan mendapatkan tiket kereta api pula.
A   Namun begitu                 B   Selain itu                  C   Tambahan pula         D   Lantaran itu
                     
2.   Karnival membeli-belah 2004 sudah bermula di seluruh negara. _______, suri rumah dinasihati supaya 
      bersikap bijak semasa berbelanja.  
      A   Bahkan juga                   B   Namun begitu            C   Tambahan pula         D   Lantaran itu

3.   Ain sangat disayangi datuk dan neneknya. ______ dia merupakan cucu tunggal.
      A   Oleh yang demikian         B   Di samping                C   Lebih-lebih lagi         D   Dengan itu

4.   Peperiksaan UPSR semakin hampir. _______, Nazrul membuat latihan ulang kaji dengan lebih intensif.
      A   Bukan sahaja                  B   Oleh sebab itu           C   Kalau begitu             D   Namun begitu

5.   Rahayu petah bercakap dan bijak pula. _______, dia telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan
      syarahan peringkat Daerah Perak Tengah.
      A   Oleh sebab itu                 B   Padahal                    C   Di samping itu           D   Lebih-lebih lagi

6.   Harga sayur akan dikaji semula. _______ berlakunya lambakan sayur di pasaran.
      A    Seterusnya                     B   Bukan sahaj              C   Oleh sebab itu           D   Hal ini kerana

7.   Kehidupan Alang sangat miskin. ______ dia terpaksa mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarganya
      yang besar.
      A   Namun begitu                 B   Oleh yang demikian   C   Sungguhpun demikian            D   Dengan itu

8.   Puan Juriah mengusahakan tanaman ciku secara komersial. _______ dia juga melibatkan diri dalam 
      penternakan lembu untuk menambah pendapatannya.
      A   Di samping itu                 B   Namun demikian       C   Tambahan pula         D   Lebih-lebih lagi

9.   Para pemandu dinasihati supaya berhati-hati apabila melalui selekoh yang tajam itu. _______, jalan itu licin 
      dan tidak rata. 
      A   Oleh sebab itu                 B   Tambahan pula         C   Di samping itu           D   Lebih-lebih lagi

10. Semua orang hendak pergi ke pameran komputer itu. ______ saya pun hendak pergi sama.
      A   Tambahan pula               B   Kalau begitu             C   Oleh sebab itu           D   Dengan demikian

11.  Suhaimi yang merupakan juara bertahan dalam kejohanan tenis itu telah bermain bersungguh-sungguh dalam 
       perlawanan akhir,               beliau tewas dalam perlawanan tersebut.
       A   jika demikian                 B  demikian juga            C   begitu juga   D   namun demikian

12.  Amira merupakan anak seorang hartawan.                   dia tidak menyombong diri dengan rakan-rakannya 
       yang lain.
      A  Namun begitu                  B   Jika begitu       C   Oleh sebab itu        D   Lebih-lebih lagi

13.   Persekitaran yang kotor akan menyebabkan pelbagai penyakit,                       kita mestilah menjaga 
        kebersihan persekitaran. 
        A  dalam pada itu               B   walau bagaimanapun C   oleh sebab itu           D   dengan itu

14.                    Zurina belajar bersungguh-sungguh,namun dia gagal mendapat keputusan yang cemerlang dalam
        ujian bulanan matematik.
        A   jika demikian                B   meskipun                  C   jika sekiranya           D   tambahan pula
  
15. Jangan berbual-bual semasa berada di dalam kelas, ______ ketika guru sedang mengajar.
      A   lebih-lebih lagi                B   oleh sebab itu           C   di samping itu           D   oleh yang demikian 

16.  Persekitaran yang kotor akan mendatangkan pelbagai penyakit,                      kita mestilah menjaga kebersihan persekitaran kita  .
       A   walau bagaimanapun     B  oleh sebab itu            C  dengan itu                 D   dalam pada itu 

17.  Penganiayaan kanak-kanak kerap berlaku di negara Barat,                   kini fenomena itu mula menular dalam
       masyarakat kita .
       A  namun begitu                  B   di samping itu    C   jika demikian                   D   kalau begitu 

18.   Semua orang pergi ke pesta buku itu ,                       saya pun ingin turut serta . 
        A  demikian juga                B   selain itu             C   oleh yang demikian         D   dengan itu

19.  Saya tahu awak tidak sengaja mengoyakkan buku itu,                         awak perlu menggantikan dengan yang
       baru .
       A   di samping itu                B   dengan demikian C   jika sekiranya                 D   walau bagaimanapun 

20.  Kehidupan keluarganya sangat susah kerana adik-beradiknya ramai. _______, bapanya sudah lama meninggal dunia.
A   Kalau begitu                   B   Selain itu                  C   Tambahan pula         D   Lantaran itu




Dimuat turun daripada: http://rohana-rahman-bm.blogspot.com/2012/11/penanda-wacana-latihan-1.html
                    

3 ulasan:

  1. Nurain 6D

    1) A : namun begitu

    2) c : tambahan pula

    3) C : lebih-lebih lagi

    4) B : oleh sebab itu

    5) A : oleh sebab itu

    6) D : hal ini kerana

    7) C : sungguhpun demikian

    8) C : tambahan pula

    9) B : tambahan pula

    10) C : oleh sebab itu

    11) D : namun begitu

    12) A : namun begitu

    13) D : dengan itu

    14) B : meskipun

    15) A : lebih-lebih lagi

    16) D : dalam pada itu

    17) A : namun begitu

    18) C : oleh yang demikian

    19) D : walau bagaimanapun

    20) C : tambahan pula

    BalasPadam
  2. Basyirah,6D
    1)A:Namun begitu
    2)B:Lantaran itu
    3)C:Lebih-lebih lagi
    4)B:Oleh sebab itu
    5)A:Oleh sebab itu
    6)D:Hal ini kerana
    7)B:Oleh yang demikian
    8)A:Di samping itu
    9)B:Tambahan pula
    10)C:Oleh sebab itu
    11)D:namun demikian
    12)A:Namun begitu
    13)C:Oleh sebab itu
    14)B:Meskipun
    15)A:Lebih-lebih lagi
    16)C:Dengan itu
    17)B:Di samping itu
    18)C:Oleh yang demikian
    19)D:Walau bagaimanapun
    20)C:Tambahan pula

    BalasPadam
  3. Ain mendapat markah 13/20

    Aleesya mendapat markah 16/20

    BalasPadam